Just Carry On

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~
~Maaf Zahir dan Batin~



Beraya sama-sama kami je la..
Cuti raya ni la yang paling ditunggu-tunggu. Lebih kurang seminggu kot cuti. Sape yang tak nak kan. Tapi sayangnya kali ni aku cuti tanpa kamera. So, tak leh la nak tangkap gambar banyak-banyak. Time hari raya pertama tu, mmg aku buat close house waktu siang. Malam tu baru aku buat open house. Kitorang buat BBQ kot malam tu. Meriah giler. Semua adik beradik aku datang malam tu. Penuh rumah sampai ke padang diorang duduk. ITU BARU RAYA!! Time tu la baru leh kenal dengan adik beradik. Ada yang aku tak biasa tengok pun ada.
Kambing golek waktu majlis raya di tempat keja..


Utk preparation pada malam tu, abg ipar aku paling rajin sekali. Dari petang sampai habis majlis, dia duk buat keja. Mmg terbaik la!! Pandai pulak dia bakar satay. Sekejap ja dia bakar 600 cucuk. Kalau macam ni la caranya, leh buka kedai makan ni. Hehehe. Sepupu aku pulak semua duduk buat keja kat dapur. Macam-macam diorang masak. Goreng kentang la, buat coleslaw la macam-macam lagi la. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar.

Balik tempat keja, organise majlis raya pulak. Kali ni baru la ada peluang sikit nak bergambar. Rupa-rupanya kawan aku sebat aku punya kamera. Dia lupa nak bagi kat aku sebelum cuti. Ish, teruk betul. Tapi, takpe la. Benda dah jadi, nak buat macam mana kan. So, terima je la. Majlis kat sini pun meriah jugak. Siap ada kambing golek lagi. Terliur kot. Hehehe. Aku macam biasa la, semua jenis makanan aku rasa. Rugi kalau tak rasa. Bukan selalu kan.

Aku rasa enjoy la raya kali ni walaupun ramai yang cakap tak meriah macam raya sebelum ni. Tapi bagi aku, cukup sekadar aku dapat rehat dengan family aku kat rumah. Dapat pulak keluar jalan-jalan dengan sepupu aku. Pi tengok wayang, main game, lepak dekat Padang Kota Lama dan macam-macam lagi la. Biasa la, orang muda keluar. Mesti banyak benda kitorang buat. Kita jumpa lagi raya tahun depan k..BYE!!
~Dari kiri: Aku, Napi, Mej Patricia, Fuad, Faiz..
Read More …

Coretanku Yang Hangat :-