Filem Melayu mengenai isteri kepada seorang suami adalah seorang gangster bukanlah satu khayalan atau dongeng. Aplikasi cerita itu bukan asing lagi bagi kita di Malaysia kerana ada segelintir pasangan yang ingin mendirikan 'masjid' atas nama cinta bertukar menjadi hempedu setelah berkahwin. Mungkin ada masalah dalaman yang masing-masing sembunyikan semasa bercinta atau tidak berterus terang ketika bertemu dahulu. Pada pandangan mereka dengan menyembunyikan hal yang sebenar akan menjernihkan keadaan tetapi ternyata ia tidak semudah itu. Seharusnya kena lebih berhati-hati dalam memilih pasangan kerana dari pandangan luaran tidak cukup untuk mencerminkan sifat dalaman seseorang itu. Kebanyakan saat manis dirasa semasa bercinta dan tidak akan kekal lama setelah pasangan itu berkahwin. Kalau terasa manis pun tidaklah seperti bercinta dahulu. Bagi lelaki, mereka mestilah menjalankan tanggungjawab mereka kepada keluarga setelah berkahwin seperti menjadi ketua rumah, beri pelajaran kepada anak-anak, menjaga maruah isteri, anak-anak dan keluarga serta memastikan keluarga itu hidup dalam keadaan bahagia. Tidak semestinya keluarga yang kaya raya itu bahagia dan tidak bermakna duit tidak penting dalam mencipta kebahagiaan. Rezeki perlu dicari untuk memberi makan minum kepada diri sendiri dan keluarga serta beli keperluan harian keluarga. "Bersungguh kita dalam bekerja seperti untuk hidup selamanya...beramal soleh sebaiknya seolah esok sudah tiada." Tetapi ada segelintir keluarga yang dikawal oleh isteri. Segala-galanya isteri yang uruskan. Suami hanya menjadi 'pak turut' dalam keluarga tersebut. Hal yang demikian tidak seharusnya terjadi. Meskipun isteri lebih berjaya dari suami, tidak semestinya isteri berkuasa untuk memerintah keluarga. Isteri mesti patuh kepada suaminya selagi tidak bertentengan dengan syarak. Paling penting adalah kesefahaman dan sikap mengalah dalam perbincangan. Setiap masalah harus dibincang antara suami dan isteri dan ini boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Setiap manusia mempunyai caranya yang tersendiri untuk membahagiakan rumah tangganya dan janganlah jadi seperti keluarga ini --> klik!!!
Read More …
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Dunia sekarang semakin pelik...mungkin sebab umurnya sudah terlalu tua...ramai yang berpendapat dunia sekarang ini sudah 'NYANYUK' sebab musimnya tidak menentu...kejadian BANJIR memang sudah lali di telinga kita semua sekarang ini...sudah banyak negara hampir musnah akibat kejadian alam yang tidak boleh diduga ini...walaupun pelbagai alat canggih direka untuk mengesan/mengelakkan kejadian ini berlaku, tetapi kuasa ILLAHI kita semua tidak mampu untuk mengubahnya...samalah seperti kejadian TSUNAMI yang telah berlaku sebelum ini...walau apapun yang terjadi ingatlah bahawa ada sebab mengapa kejadian itu terjadi...fikirlah secara positif kerana dengan berfikiran seperti itu dapat menenangkan jiwa kita sekaligus menjauhkan diri kita daripada perkara-perkara negatif...sebut mengenai perkara negatif kita mesti sudah tidak asing lagi dengar tentang HUBUNGAN SEKS LUAR NIKAH!!!perkara ini seharusnya dipandang serius kerana ia melibatkan masa depan diri kita sendiri disamping memberi IMPAK YANG BESAR kepada keluarga, bangsa, negara dan juga agama...di negara ini boleh dikatakan seramai 3 DARIPADA 6 REMAJA TERBABIT SEKS BEBAS mengikut laporan dalam Berita Harian...tidak mustahillah perkara ini selalu diperkatakan dalam berita mahupun surat khabar tempatan...kejadian ini banyak berlaku dalam kalangan remaja yang telah mengenali dunia mereka sendiri dan kebanyakkan pelajar kolej dan universiti...mereka jauh dari pantauan ibubapa dan hanya rakan-rakan selalu berada disamping mereka untuk mempengaruhi mereka dalam apa-apa tindakan...mereka haruslah pandia untuk menjaga diri masing-masing dan jangan terlalu ikut perangai tidak elok rakan-rakan...nikmatnya hanyalah seketika dan itu akan menjadi punca kepada pelbagai masalah apabila mereka melakukannya tanpa berfikir panjang...contohnya mungkin mereka diugut akan SEBAR GAMBAR BOGEL sekiranya berlaku masalah dalam perhubungan suatu pasangan...hal yang demikian tidak mustahil akan berlaku jikalau mereka terlalu percayakan pasangan masing-masing sehinggakan sanggup menyerahkan JIWA DAN RAGA padahal mereka masih belum mempunyai hubungan yang sah...mungkin juga ada dalam kalangan mereka yang telah terpengaruh dengan AJARAN SESAT yang menyimpang dari ajaran Islam sebenarnya...tanpa mereka sedari perkara yang dilakukan itu adalah salah tapi berdasarkan pemahaman mereka ia adalah betul...perkara ini amat bahaya dan jika ia merebak dalam kalangan masyarakat setempat akan memberi kesan yang buruk kepada negara...ada pihak yang cuba untuk membendung perkara ini daripada terus berleluasa dengan mewujudkan HUKUM ISLAM tetapi ianya amat sukar sekiranya diri sendiri tidak mahu berubah...ianya terletak pada diri sendiri setiap individu...tak perlu hendak menunding jari ke arah pihak lain...sama-samalah kita saling menasihati kerana manusia tidak selalu ingat dan mudah pula lupa...
(sumber Berita Harian dan Harian Metro)
Read More …
(sumber Berita Harian dan Harian Metro)
KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.
“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.
Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka.
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my
Majlis Perundingan Gaji Negara yang telah mengadakan perjumpaan pertama di Putrajaya semalam digesa supaya menetapkan gaji RM1500 sebagai gaji minimum pekerja di negara ini seiring dengan peningkatan kos sara hidup...
Read More …
SUNGAI BESI: "Jangan heret pasukan tentera ke kancah politik kerana kami bersifat berkecuali dan hanya bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara," kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin (atas).
Beliau juga menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan isu pembelian kelengkapan ketenteraan dan aset pertahanan negara kerana tindakan sedemikian dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan negara.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerusi blognya mendakwa pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPC) oleh Kementerian Pertahanan dengan kos RM6 bilon, lebih mahal daripada negara lain.
Zulkifeli turut menyangkal dakwaan pasukan tentera tunduk kepada tekanan politik.
“Tentera tidak campur tangan langsung dalam urusan politik negara, namun menyokong sepenuhnya kepada kerajaan memerintah yang dipilih rakyat. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak ambil tahu pasal soal politik negara atau antarabangsa.
“Kita tetap mengikuti perkembangan politik Malaysia dan dunia. Ini hanya untuk pengetahuan, malah pegawai dan anggota tentera pun mempunyai hak memilih (mengundi),” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau sebelum itu menghadiri Perbarisan Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.
Zulkifeli berkata, berikutan ancaman keselamatan yang sentiasa berubah berikutan pembangunan dan kemajuan negara, tentera darat juga sentiasa membuat pembaharuan dari segi latihan dan peralatan ketenteraan untuk memantapkan keupayaannya.
“Berikutan banyak projek pembangunan bandar baru di seluruh negara, landskap latihan ketenteraan kita turut berubah bagi memahirkan anggota kita bertempur dalam suasana itu sekiranya berlakunya sesuatu ancaman yang mampu menggugat keselamatan negara.
“Kita sentiasa mencari pendekatan baru untuk melatih anggota kita, antaranya menggunakan simulasi lapangan tempur berupa sebuah pekan atau bandar kecil,” katanya.
Dalam perutusannya pula, Zulkifeli menegaskan tentera darat sentiasa melakukan persiapan dari segi keupayaan tempur agar sentiasa berada di tahap tertinggi persediaan melaksanakan tugas yang digalas pasukannya.
Untuk memastikan matlamat itu tercapai, katanya, elemen terpenting yang dititikberatkan adalah menjaga kebajikan anggotanya untuk menjadikan mereka tentera yang bermotivasi, produktif dan bersedia untuk bertempur pada bila-bila masa.
Coretanku Yang Hangat :-
-
Hidup susah senang bersama-sama...inilah skuad!!! Hidup mesti enjoy !! Sebagai seorang remaja, dengan kawan-kawan jer tempat aku nak en...
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Kini ku kembali..Hahaha..Lama dah tak update blog ni..bukan tak mau update, tapi tak sempat s...
-
Surau Kem Kelubi..Jenazah tiba untuk dikafankan serta disolatkan oleh anggota TUDM Di bawa ke rumah arwah untuk ditunjukkan kepada kel...
-
Slalu aku p Restoran KFC asyik tgk couple je duk makan, lebih-lebih lg kt shopping complex . Tapi weekend aritu aku beli KFC untuk anak sa...