Dunia sekarang semakin pelik...mungkin sebab umurnya sudah terlalu tua...ramai yang berpendapat dunia sekarang ini sudah 'NYANYUK' sebab musimnya tidak menentu...kejadian BANJIR memang sudah lali di telinga kita semua sekarang ini...sudah banyak negara hampir musnah akibat kejadian alam yang tidak boleh diduga ini...walaupun pelbagai alat canggih direka untuk mengesan/mengelakkan kejadian ini berlaku, tetapi kuasa ILLAHI kita semua tidak mampu untuk mengubahnya...samalah seperti kejadian TSUNAMI yang telah berlaku sebelum ini...walau apapun yang terjadi ingatlah bahawa ada sebab mengapa kejadian itu terjadi...fikirlah secara positif kerana dengan berfikiran seperti itu dapat menenangkan jiwa kita sekaligus menjauhkan diri kita daripada perkara-perkara negatif...sebut mengenai perkara negatif kita mesti sudah tidak asing lagi dengar tentang HUBUNGAN SEKS LUAR NIKAH!!!perkara ini seharusnya dipandang serius kerana ia melibatkan masa depan diri kita sendiri disamping memberi IMPAK YANG BESAR kepada keluarga, bangsa, negara dan juga agama...di negara ini boleh dikatakan seramai 3 DARIPADA 6 REMAJA TERBABIT SEKS BEBAS mengikut laporan dalam Berita Harian...tidak mustahillah perkara ini selalu diperkatakan dalam berita mahupun surat khabar tempatan...kejadian ini banyak berlaku dalam kalangan remaja yang telah mengenali dunia mereka sendiri dan kebanyakkan pelajar kolej dan universiti...mereka jauh dari pantauan ibubapa dan hanya rakan-rakan selalu berada disamping mereka untuk mempengaruhi mereka dalam apa-apa tindakan...mereka haruslah pandia untuk menjaga diri masing-masing dan jangan terlalu ikut perangai tidak elok rakan-rakan...nikmatnya hanyalah seketika dan itu akan menjadi punca kepada pelbagai masalah apabila mereka melakukannya tanpa berfikir panjang...contohnya mungkin mereka diugut akan SEBAR GAMBAR BOGEL sekiranya berlaku masalah dalam perhubungan suatu pasangan...hal yang demikian tidak mustahil akan berlaku jikalau mereka terlalu percayakan pasangan masing-masing sehinggakan sanggup menyerahkan JIWA DAN RAGA padahal mereka masih belum mempunyai hubungan yang sah...mungkin juga ada dalam kalangan mereka yang telah terpengaruh dengan AJARAN SESAT yang menyimpang dari ajaran Islam sebenarnya...tanpa mereka sedari perkara yang dilakukan itu adalah salah tapi berdasarkan pemahaman mereka ia adalah betul...perkara ini amat bahaya dan jika ia merebak dalam kalangan masyarakat setempat akan memberi kesan yang buruk kepada negara...ada pihak yang cuba untuk membendung perkara ini daripada terus berleluasa dengan mewujudkan HUKUM ISLAM tetapi ianya amat sukar sekiranya diri sendiri tidak mahu berubah...ianya terletak pada diri sendiri setiap individu...tak perlu hendak menunding jari ke arah pihak lain...sama-samalah kita saling menasihati kerana manusia tidak selalu ingat dan mudah pula lupa...
(sumber Berita Harian dan Harian Metro)
Categories:
Berita
Coretanku Yang Hangat :-
-
Hidup susah senang bersama-sama...inilah skuad!!! Hidup mesti enjoy !! Sebagai seorang remaja, dengan kawan-kawan jer tempat aku nak en...
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Kini ku kembali..Hahaha..Lama dah tak update blog ni..bukan tak mau update, tapi tak sempat s...
-
Surau Kem Kelubi..Jenazah tiba untuk dikafankan serta disolatkan oleh anggota TUDM Di bawa ke rumah arwah untuk ditunjukkan kepada kel...
-
Slalu aku p Restoran KFC asyik tgk couple je duk makan, lebih-lebih lg kt shopping complex . Tapi weekend aritu aku beli KFC untuk anak sa...