Just Carry On

Memaparkan catatan dengan label Pengajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengajaran. Papar semua catatan












Bercinta memang indah...semasa bercinta tiada apa yang boleh pisahkan antara aku dan dia...tapi manis bercinta takkan kekal selamanya...sekiranya salah seorang daripadanya tidak pandai menjaga hubungan...kepercayaan merupakan salah satu aspek penting bagi mereka yang sedang dilamun cinta...selain itu, kesetiaan juga diperlukan...kalau pasangan itu berbincang sebelum melakukan sesuatu pasti ia boleh mengelakkan rasa tidak puas hati yang akan timbul...cakap memang senang, tapi kalau hendak lakukannya memang sangat-sangat sukar...apabila hubungan dilamun masalah, mulalah mencari salah dan silap untuk dijadikan sebagai alasan...suka menyalahkan orang lain tanpa mencermin diri sendiri dulu...itulah yang selalu berlaku ketika cinta sampai di penghujung jalan...walau apapun terimalah seadanya kerana ajal, maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan yang Maha Esa...kita hanya merancang dengan sebaik-baiknya dan Dia yang menentukan...jadi, banyak-banyakkanlah berdoa semoga permintaan kita ditunaikan...




tapi disebalik bercinta, jangan lupa ibubapa...bagi mereka yang cintakan ibubapa mereka, itulah pilihan terbaik...cinta hakiki pula kepada Pencipta yang Esa...sebab mereka semua tiada gantinya...kalau difikirkan balik, merekalah yang menjaga kita sejak kita lahir sampailah sekarang...kenapa kita perlu belakangkan mereka semata-mata kerana cinta pada seseorang yang asing pada kita selama ini???baik buruk perangai kita sejak kita kecil mereka sanggup sabar dan masih lagi sayang pada kita...tak pernah mereka ucap kata putus pada kita...padahal kata putus senang saja diucap oleh kekasih hati...mereka juga tidak pernah kedekut belanja untuk kita...walaupun kita selalu buat masalah...jadi, marilah kita sama-sama fikirkan patutkah kita lebihkan kekasih dari Tuhan dan ibubapa kita...
Read More …

Hidup memang mencabar. Zaman semakin moden, manusia pula semakin maju. Ramai yang dah cerdik dan pandai. Kalau dulu orang ramai LURUS BENDUL. Tapi sekarang ni lagi ramai yang PAKAR PUTAR ALAM. Tu yang aku risau sangat tu. Bukan semua orang macam tu, tapi ada sebilangan kecil tu la yang buat semuanya nampak buruk.


Masa kat PLKN dulu, jurulatih aku pernah pesan, "DALAM DUNIA NI ADA 2 PERKARA YANG KITA TAK BOLEH PERCAYA, DUIT DAN PEREMPUAN!!!" Tu yang buat aku lebih hati-hati sekarang ni. Bukan tak percaya langsung, kalau sekadar kawan biasa tu tak jadi masalah. Kalau nak lebih-lebih tu yang jadi bermasalah. Tak salah kalau nak berkawan sebab mak aku pun ada sebut, "BERKAWAN BIAR BERIBU." Kawan la dengan siapa pun tak kira baik atau buruk, pandai atau bodoh dan kaya atau miskin. Semua tu tak penting asalkan kita pandai jaga diri dan ikhlas berkawan.


Orang yang paling rapat dengan kita pun tak semestinya baik. Kadang-kadang ada niat yang tak berapa elok yang kita tak perasan dalam diri dia. Memang depan kita nampak baik, tapi belakang kita lain pula jadinya. Orang yang kita sayang tak semestinya dia sayang kita. Orang yang cinta tak semestinya dia betul-betul cinta kita. Perasaan tu sebenarnya tak boleh ucap saja. Ianya mesti disertakan dengan perbuatan. Tak semestinya dia selalu ucap 'sayang' atau 'cinta' kat kita bermakna dia betul-betul ada perasaan tu pada kita. Kadang-kadang dia ucap sebab dia ada kepentingan dia sendiri. Tak kira la pada harta atau pangkat.


Kadang-kadang sikap tidak suka mengalah dengan orang lain pun jadi sebab kenapa seseorang tu berkawan dengan seseorang yang lain. Contohnya bercinta, perempuan ni seorang yang cantik dan sudah semestinya dia inginkan boyfriend yang kacak, berharta dan berpangkat. Lebih-lebih lagi ada kawan dia yang bercinta dengan lelaki yang diidamkan oleh kebanyakan perempuan. Sebab tu la sekarang ni susah untuk pilih pasangan yang betul-betul sesuai dan ikhlas. Memang sekarang ikhlas, tapi lepas ni mungkin tak ikhlas pula. Hanya cakap guna mulut.


Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "pilihlah pasanganmu kerana agamanya, nescaya kamu bahagia kelak." Tapi sekarang ni susah nak buat pilihan. Nampak baik, lemah lembut dan 'alim. Tapi perangai tak seperti apa yang ditunjukkan. Kadang-kadang mereka yang nampak teruk di mata adalah jauh lebih baik daripada apa yang kita sangkakan. Tu la senario dunia kita hari ini.


Apapun bagi aku pilihan orang tua lebih baik sebab mereka membuat pilihan berdasarkan pengalaman. Aku yang masih 'mentah' ni tak cukup pengalaman lagi untuk buat keputusan sendiri. Selagi ibubapa aku ada, selagi tu la aku akan ikut telunjuk mereka selagi tak bercanggah dengan agama la. Aku yakin semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Macam tu la juga ibubapa aku. Tapi ada sesetengah orang lain tak suka kita capai yang terbaik. Mereka lebih suka tengok kita 'jatuh'.


Biar la mereka nak buat apa pun. Yang penting aku teruskan dengan kerjaya aku sampai aku berjaya kelak, insyaallah. Jangan ganggu family aku sudah la. Aku nak buktikan yang anak-anak ibubapa aku semuanya mampu untuk berjaya macam orang lain. Semuanya sudah jejak ke menara gading. Kakak dengan Angah pun dah dapat kerja yang elok. Tunggu aku sorang saja yang belum ada kerjaya tetap. Tapi insyaallah aku akan dapat kerja tetap tak lama lagi. Insyaallah kalau diizinkan Tuhan, aku nak balas balik jasa baik dan layanan yang ibubapa aku bagi masa aku kecil sampai la aku besar.


Segala yang ibubapa aku nak, aku bagi. Tak marah-marah dan manja dengan ibubapa aku. Yang paling utama, aku dah rancang untuk bawa ibubapa aku jejak ke Tanah Suci masa aku umur 35 tahun ni. Insyaallah, kalau ada rezeki aku akan usaha untuk bawa mereka. Sebagai hadiah daripada aku bagi mereka yang telah membesarkan aku dengan susah payah.


Bagi arwah Mak Jang aku, aku mintak maaf sebab aku tak dapat nak penuhi hajat Mak Jang untuk tunjuk calon isteri aku. Susah sangat nak pilih. Perempuan sekarang ni banyak jenis. Paling terasa sekali bila Mak Jang 'pergi' cepat sangat. Aku pun tak sempat nak balik tengok Mak Jang buat kali terakhir. Bila aku sampai ja aku tengok  semua dah habis baca talkin. Semua dah mula beredar balik. Aku sekadar boleh tengok kubur Mak Jang yang masih merah lagi. Tak tahu nak kata apa.


Arwah nenek pun macam tu. Memang la orang tua banyak kerenah. Macam budak-budak la. Tapi aku turut ja apa yang dia nak sebab aku kecil lagi masa tu. Tak tahu apa-apa. Tapi aku tak tahu tu la sumbangan aku yang terakhir bagi dia. Sama macam Mak Jang, masing-masing aku tak sempat nak mintak maaf. Diorang 'pergi' terlalu cepat.


Anak arwah nenek pun sama. Walaupun tak berapa cerdik, tapi dia baik. Tapi aku masih boleh terima pemergian dia sebab aku nampak itu satu takdir Tuhan yang memang jelas. Aku tak berapa risau kerana mereka semua kuat agama. Masing-masing tak tinggal solat. Nampak la diorang tu beragama.


Sebab tu la aku nak kalau boleh orang yang boleh memberi kesedaran pada aku. Aku tak mahu pilih orang macam tu ja. Tengok dia cantik terus jatuh cinta. Aku bukan jenis macam tu. Tiga tahun bagi aku untuk tengok peribadi seseorang tu. Macam-macam lagi muslihat aku ada untuk buktikan sama ada seseorang tu betul-betul ikhlas atau tak dan ada ciri-ciri yang aku nak. Biar la orang kata aku memilih, tapi aku nak family aku nanti bahagia dan diredhai Tuhan. Insyaallah...


Ini la family aku!!!
Read More …

Jauh perjalanan, luas pemandangan dan banyak pengalaman. Memang betul pun. Masa aku sekolah asrama dulu, kejadian ragging ni takkan boleh elak. Memang tu la cara senior-senior untuk mengajar junior-junior yang baru masuk. Bukan tak ada kebaikan langsung, ada juga. Tapi ragging secara melampaui batas tu la yang menyebabkan berlakunya kes-kes yang tidak diingini.


Selalunya mereka yang tidak kena ragging teruk macam orang lain akan bertindak lebih kejam dari orang lain kerana mereka tidak tahu had atau batasan kemampuan seseorang. Mereka buat apa yang difikirkan mereka betul saja. Tak semua orang mempunyai kekuatan yang sama.


Tak semua sernior di sekolah asrama yang kejam. Ada juga yang 'alim. Mereka akan selalu berdamping dengan junior-junior untuk memberi kata-kata semangat supaya junior-junior tidak patah semangat. Ini la cara mereka berdakwah. Kadang-kadang ada dalam kalangan mereka yang mengaitkan dengan agama. Menyedarkan kembali junior-junior tentang agama.


Masa hidup di luar, tak ada sesiapa yang mengganggu. Hidup senang lenang sampai kadang-kala Tuhan pun tak ingat. Tapi bila dah hidup susah, baru nak ingat Tuhan. Baru nak mintak tolong kat Tuhan. Selalunya ni la yang terjadi pada manusia zaman sekarang ni.


Senior aku pernah berkata, "kenapa Tuhan tak bagi kita berjaya dalam sesuatu kebaikan ni dengan mudah dan senang??" Mesti dalam kepala otak kita fikir sebab syaitan yang jadi musuh kita. Sebab tu la kita susah nak berjaya dalam sesuatu kebaikan. Betul tak?


Tapi senior aku cakap lagi, "cuba tengok jalan raya tu," sambil dia tunjuk jalan yang berliku dan berbukit. Sambung dia lagi, "katakan la kita nak pergi ke sesuatu tempat di sana, kita boleh ikut jalan raya, tapi jauh la. Kalau kita nak ikut short cut pun boleh, tapi tengok la tu, macam-macam halangan kamu akan jumpa nanti." Aku masih tak faham apa yang senior aku cuba maksudkan.


Kalau nak ikut jalan raya memang jauh. Tapi kalau nak ikut jalan lurus(short cut), tengok la berapa banyak halangan yang ada???


Senior aku pun menerangkan bahawa kalau kita nak berjaya dalam sesuatu kebaikan, ada dua jalan. Satu jauh dan satu lagi dekat. Kalau memilih jalan jauh, memang halangan dan cabarannya sikit. Tapi makan masa yang lama. Kalau kita pilih jalan dekat, halangan dan cabaran memang banyak dan itu akan buat kita lebih tabah untuk hadapi masa kita bekerja nanti.


Di sini la aku mula kutip pengalaman hidup berdikari...


Memang aku tak pernah fikir pasal tu. Sekarang ni kalau aku kena apa-apa yang susah, aku selalu fikir benda yang positif jer. Nak jaga mental supaya semangat aku tak patah. Kalau aku fikir benda tu susah, mesti aku tak semangat nak buat. Jadi, pemikiran juga main peranan penting untuk aku buat sesuatu. Tapi bila aku dah buat sesuatu, jangan harap aku akan patah balik. Sebab tu la aku pilih JUST CARRY ON jadi motor hidup aku.


Benda paling aku tak suka adalah menyesal. Kalau menyesal dengan Tuhan lain cerita la. Tapi perkara sesama manusia. Sebab kalau kita fikir dulu sebelum buat, kita takkan menyesal kemudian hari. Jenis orang yang tak fikir la yang buat sesuatu perkara dan menyesal nanti. Lepas tu baru terhegeh-hegeh datang balik minta maaf. Itu la benda paling aku pantang.


Aku memang nampak lembut hati. Tapi sebenarnya hati aku pun keras juga. Kalau aku kata itu, maka itu la yang aku nak. Takkan ada sesiapa yang dapat ubah aku kecuali parents aku dan sudah semestinya Tuhan. Kalau bukan mereka, jangan harap dapat pengaruhi aku. Aku takkan kacau orang kalau orang tak kacau hidup aku. Aku lebih suka ingat kebaikan seseorang daripada tengok keburukan seseorang.


Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah!!!
Semua ni aku dapat hasil daripada motivasi yang senior aku bagi masa aku kat asrama dulu. Walau apa pun yang terjadi, jadi la seperti diri kita yang sebenarnya ikut kehendak Tuhan. Jangan ikut orang lain!!!
Read More …

Coretanku Yang Hangat :-