Hidup memang mencabar. Zaman semakin moden, manusia pula semakin maju. Ramai yang dah cerdik dan pandai. Kalau dulu orang ramai LURUS BENDUL. Tapi sekarang ni lagi ramai yang PAKAR PUTAR ALAM. Tu yang aku risau sangat tu. Bukan semua orang macam tu, tapi ada sebilangan kecil tu la yang buat semuanya nampak buruk.
Masa kat PLKN dulu, jurulatih aku pernah pesan, "DALAM DUNIA NI ADA 2 PERKARA YANG KITA TAK BOLEH PERCAYA, DUIT DAN PEREMPUAN!!!" Tu yang buat aku lebih hati-hati sekarang ni. Bukan tak percaya langsung, kalau sekadar kawan biasa tu tak jadi masalah. Kalau nak lebih-lebih tu yang jadi bermasalah. Tak salah kalau nak berkawan sebab mak aku pun ada sebut, "BERKAWAN BIAR BERIBU." Kawan la dengan siapa pun tak kira baik atau buruk, pandai atau bodoh dan kaya atau miskin. Semua tu tak penting asalkan kita pandai jaga diri dan ikhlas berkawan.
Orang yang paling rapat dengan kita pun tak semestinya baik. Kadang-kadang ada niat yang tak berapa elok yang kita tak perasan dalam diri dia. Memang depan kita nampak baik, tapi belakang kita lain pula jadinya. Orang yang kita sayang tak semestinya dia sayang kita. Orang yang cinta tak semestinya dia betul-betul cinta kita. Perasaan tu sebenarnya tak boleh ucap saja. Ianya mesti disertakan dengan perbuatan. Tak semestinya dia selalu ucap 'sayang' atau 'cinta' kat kita bermakna dia betul-betul ada perasaan tu pada kita. Kadang-kadang dia ucap sebab dia ada kepentingan dia sendiri. Tak kira la pada harta atau pangkat.
Kadang-kadang sikap tidak suka mengalah dengan orang lain pun jadi sebab kenapa seseorang tu berkawan dengan seseorang yang lain. Contohnya bercinta, perempuan ni seorang yang cantik dan sudah semestinya dia inginkan boyfriend yang kacak, berharta dan berpangkat. Lebih-lebih lagi ada kawan dia yang bercinta dengan lelaki yang diidamkan oleh kebanyakan perempuan. Sebab tu la sekarang ni susah untuk pilih pasangan yang betul-betul sesuai dan ikhlas. Memang sekarang ikhlas, tapi lepas ni mungkin tak ikhlas pula. Hanya cakap guna mulut.
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa "pilihlah pasanganmu kerana agamanya, nescaya kamu bahagia kelak." Tapi sekarang ni susah nak buat pilihan. Nampak baik, lemah lembut dan 'alim. Tapi perangai tak seperti apa yang ditunjukkan. Kadang-kadang mereka yang nampak teruk di mata adalah jauh lebih baik daripada apa yang kita sangkakan. Tu la senario dunia kita hari ini.
Apapun bagi aku pilihan orang tua lebih baik sebab mereka membuat pilihan berdasarkan pengalaman. Aku yang masih 'mentah' ni tak cukup pengalaman lagi untuk buat keputusan sendiri. Selagi ibubapa aku ada, selagi tu la aku akan ikut telunjuk mereka selagi tak bercanggah dengan agama la. Aku yakin semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Macam tu la juga ibubapa aku. Tapi ada sesetengah orang lain tak suka kita capai yang terbaik. Mereka lebih suka tengok kita 'jatuh'.
Biar la mereka nak buat apa pun. Yang penting aku teruskan dengan kerjaya aku sampai aku berjaya kelak, insyaallah. Jangan ganggu family aku sudah la. Aku nak buktikan yang anak-anak ibubapa aku semuanya mampu untuk berjaya macam orang lain. Semuanya sudah jejak ke menara gading. Kakak dengan Angah pun dah dapat kerja yang elok. Tunggu aku sorang saja yang belum ada kerjaya tetap. Tapi insyaallah aku akan dapat kerja tetap tak lama lagi. Insyaallah kalau diizinkan Tuhan, aku nak balas balik jasa baik dan layanan yang ibubapa aku bagi masa aku kecil sampai la aku besar.
Segala yang ibubapa aku nak, aku bagi. Tak marah-marah dan manja dengan ibubapa aku. Yang paling utama, aku dah rancang untuk bawa ibubapa aku jejak ke Tanah Suci masa aku umur 35 tahun ni. Insyaallah, kalau ada rezeki aku akan usaha untuk bawa mereka. Sebagai hadiah daripada aku bagi mereka yang telah membesarkan aku dengan susah payah.
Bagi arwah Mak Jang aku, aku mintak maaf sebab aku tak dapat nak penuhi hajat Mak Jang untuk tunjuk calon isteri aku. Susah sangat nak pilih. Perempuan sekarang ni banyak jenis. Paling terasa sekali bila Mak Jang 'pergi' cepat sangat. Aku pun tak sempat nak balik tengok Mak Jang buat kali terakhir. Bila aku sampai ja aku tengok semua dah habis baca talkin. Semua dah mula beredar balik. Aku sekadar boleh tengok kubur Mak Jang yang masih merah lagi. Tak tahu nak kata apa.
Arwah nenek pun macam tu. Memang la orang tua banyak kerenah. Macam budak-budak la. Tapi aku turut ja apa yang dia nak sebab aku kecil lagi masa tu. Tak tahu apa-apa. Tapi aku tak tahu tu la sumbangan aku yang terakhir bagi dia. Sama macam Mak Jang, masing-masing aku tak sempat nak mintak maaf. Diorang 'pergi' terlalu cepat.
Anak arwah nenek pun sama. Walaupun tak berapa cerdik, tapi dia baik. Tapi aku masih boleh terima pemergian dia sebab aku nampak itu satu takdir Tuhan yang memang jelas. Aku tak berapa risau kerana mereka semua kuat agama. Masing-masing tak tinggal solat. Nampak la diorang tu beragama.
Sebab tu la aku nak kalau boleh orang yang boleh memberi kesedaran pada aku. Aku tak mahu pilih orang macam tu ja. Tengok dia cantik terus jatuh cinta. Aku bukan jenis macam tu. Tiga tahun bagi aku untuk tengok peribadi seseorang tu. Macam-macam lagi muslihat aku ada untuk buktikan sama ada seseorang tu betul-betul ikhlas atau tak dan ada ciri-ciri yang aku nak. Biar la orang kata aku memilih, tapi aku nak family aku nanti bahagia dan diredhai Tuhan. Insyaallah...
![]() |
| Ini la family aku!!! |
