Ustaz aku cakap kerja aku ini memang bagus kalau niat ikhlas kerana Allah SWT. Sebab kerja aku ini untuk seluruh rakyat Malaysia. Bukan untuk kepentingan syarikat atau individu. Tapi memang susah nak ikhlas. Biasa la, benda baik memang susah nak buat. Alhamdulillah la sampai sekarang aku masih lagi diberi peluang untuk berkhidmat. Walaupun banyak dugaan dan cabaran datang, tapi hati aku tetap pilih untuk terus berkhidmat.
Kalau dulu masa cuti aku selalu tengok orang keluar dengan girlfriend masing-masing. Tapi aku jalan sorang-sorang saja. Mungkin itu satu peluang untuk aku untuk bebas dari perangkap yang paling berbahaya. Sebab ramai di luar sana rosak kerana bercinta. Kononnya setia sampai tak mahu berpisah. Masing-masing nak bersama-sama sampai ke syurga. Ayat memang senang. Tapi itu semua mainan syaitan bagi aku. Kalau nak terus bersama-sama, kahwin saja. Senang cerita.
Tapi sekarang aku lebih suka berkawan kerana dengan berkawan pun aku boleh berkongsi pengalaman dengan mereka. Sekurang-kurangnya aku boleh belajar perkara baik dan tak baik. Yang penting kena pandai jaga diri sendiri. Jangan mudah ikut orang. Kalau aku dapat cuti pun, kawan-kawan aku yang lain tak cuti sama dengan aku. Lebih baik aku stay kat sini dengan kawan-kawan kolej aku. Nak keluar dengan girlfriend pun dah tawar hati. Malas la pula nak layan perasaan ini. Kadang-kadang menyusahkan. Aku lebih senang sendirian. Tak perlu tempat untuk berkongsi kasih sayang, tempat untuk berkongsi masalah dan macam-macam tempat lagi. Family aku pun dah cukup untuk dijadikan tempat untuk meluahkan segala-galanya...!!!






