Masa weekend memang banyak masa terluang lebih-lebih lagi waktu pagi. Nak pergi shopping complex tak buka lagi. Jadi masa tu la aku gunakan untuk pergi senaman pagi. Dah tak tau nak buat apa lagi dah. Walaupun aku pergi sorang, tapi ia memang tenang sebab suasana pagi lain dari suasana lain. Suasana pagi lebih tenang dan udara pun segar. Sebab tu la aku suka hirup udara pagi dan juga malam. Tenang dan nyaman.
 |
| Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah untuk bersenam. Tapi lepas solat subuh la.. |
 |
| Ni la tempat aku senaman masa weekend hari tu. Lokasinya tak jauh dari rumah aku.. |
 |
| Pemandangan taman rekreasi ni memang cantik. Tenang mata tengok kehijauan tumbuh-tumbuhan.. |