Just Carry On

Hari ini aku dapat outing dari pukul 10.30 pagi sampai pukul 6.30 petang. Aku diberi tugas untuk mencari beberapa katering untuk Majlis Hari Raya yang kami akan buat di kolej selepas raya nanti. Tapi temujanji aku dengan Pak Ngah (katering) pada pukul 3.00 petang. Aku tidak ada tujuan untuk mengisi masa lapang sebelum itu.

Sebelum ini aku asyik naik teksi saja untuk keluar ke bandar. Tapi hari ini aku terdetik nak naik bas untuk ke bandar. Aku pun berjalan kaki hampir 1 kilometer untuk ke perhentian bas. Lama juga la aku tunggu di situ sementara bas nak datang. Tapi akhirnya dapat juga aku naik bas.

Semasa aku naik bas, teringat balik waktu dulu semasa family aku tidak ada kereta. Bas lah yang jadi pengangkutan utama aku dengan mak aku keluar ke Pekan Sungai Petani. Aku selalu naik awal untuk booking tempat paling hadapan kerana aku akan muntah kalau duduk di belakang. Masa itu aku kebudak-budakan lagi. Tapi aku happy sangat walaupun serba kekurangan.

Tapi sekarang semuanya berubah. Mak ayah tak perlu susah-susah lagi kerana semua kemudahan dah ada. Kereta motor semuanya ada. Bila-bila masa saja mak dan ayah boleh guna. Mungkin sebab berkat susah payah mak dan ayah masa dulu membuahkan hasil seperti yang ada sekarang ini. TERIMA KASIH MAK DAN AYAH!!!

Masa aku berjalan-jalan di City Plaza aku ternampak ramai student yang pakai purdah. Sejuk sangat hati aku bila tengok perempuan muda yang hampir sebaya dengan aku pakai begitu. Kalau betul-betul dia ikhlas pakai begitu, memang dialah wanita yang terbaik dalam kalangan terbaik. Aku teringin juga nak hampiri mereka, tapi tidak layak untuk aku bagi mereka. Aku jauh sekali berbeza dari mereka baik dari segi cara hidup mahupun amal ibadah.

Tapi kalau aku dapat teman seumpama itu, alangkah bersyukurnya aku. Sedikit sebanyak aku boleh belajar agama dari mereka. Pada pandangan aku, mesti mereka ini tinggi ilmu agamanya. Kalau mereka tiada ilmu agama, mengapa mereka sangat menjaga maruah dan aurat mereka? Kecualilah mereka hipokrit, pakai sekadar mengikut peraturan kolej.

Walau apapun aku sangat kagum pada perempuan seperti itu. Harap-harap ramai lagilah yang akan jadi begitu dengan hati yang ikhlas. Amin...
Read More …



Kawan semasa sekolah lama memang jarang kita ingat kalau masing-masing sibuk membawa diri ke menara gading untuk mengejar kejayaan, lebih-lebih lagi kawan semasa sekolah rendah dulu. Tapi tak semua orang berfikiran begitu. Ada juga yang masih ingat dan kenang kembali zaman nakal semasa sekolah rendah dulu. Kadang-kadang dengan mengenang kembali zaman dulu boleh menjadi suatu inspirasi atau semangat kepada kita yang sedang melangkah menuju ke arah kejayaan yang sememangnya lebih mencabar dengan keadaan dunia yang serba "berduri" ini.

Tapi tak salah kalau kita mencari kembali kawan-kawan lama dulu kerana pada masa akan datang kita akan memerlukan antara satu sama lain. Hakikatnya sekarang susah nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas untuk berkawan dan ada kalanya orang akan salah anggap kalau kita berkawan rapat dengan seseorang, terutamanya berlainan jantina. Itulah ragam manusia, lain orang lain pandangannya.







Bagi aku kawan sangat penting. Tidak kira agama, bangsa atau jantina. Sekarang ini aku masih lagi berusaha untuk dapatkan kembali kawan-kawan sekolah lama aku yang masing-masing telah membawa haluan sendiri. Walaupun tidak rapat, tapi sekurang-kurangnya aku tahu tentang mereka dan masih lagi berhubung dengan mereka. Aku agak susah hati jikalau ada sesuatu yang tak kena dengan kawan-kawan aku dan aku happy bila tengok mereka berjaya tak kira la dalam apa bidang sekalipun.


Biar susah sama-sama, senang pun sama-sama. Itulah yang aku nak untuk kawan-kawan aku. Tapi aku lebih selesa kalau aku tak tunjuk secara langsung dan mereka pun tak tahu tentang hal itu. Walau apapun yang terjadi, aku tetap support kawan-kawan aku tak kira sama ada mereka jahat ataupun baik pada aku. Selagi mereka sudi jadi kawan aku, aku akan jadi kawan yang terbaik bagi mereka. Tapi satu saja yang aku tak suka, AKU TAK NAK KAWAN-KAWAN AKU MENYESAL SUATU HARI NANTI ATAS PERBUATAN MEREKA SENDIRI!!!

Sepatutnya mereka berfikir dulu sebelum bertindak. Cara aku mungkin lain dari yang lain. Ada kalanya kita patut rasa bersalah tapi bukan kerana tindakan yang kita buat tanpa berfikir dulu apa kesannya. Wahai kawan-kawanku, jadilah insan yang berguna dan jangan lupa asal usulmu!!!






Read More …

Read More …

Read More …

Read More …



Aritu aku dapat weekend 4 ari..mula2 aku igt nk jln2 mkn angin kt CAMERON HIGHLAND..aku pn tnya la kwn2 aku kt cni psai tmpt tu..tp rmai yg ckp tmpt tu x best klu p sekejap..klu lma lbh krg sminggu best la..aku pn x jd nk p sna..



t'tba t'lntas dlm kpala otak aku psai GENTING HIGHLAND..mula2 aku try search sndiri dlm internet..cri ckit2 maklumat psai Genting Highland ni..aku try cri pakej utk aku sorang b'mlm kt sna..tp smua hotel dh pnuh..aku t'pndang 1 pakej yg agak menarik bg aku..GOLDEN PACKAGE nmanya..hnya RM42 utk sorang..tiket bas pergi/balik dr Puduraya, tiket Skyway pergi/balik & tiket msuk Taman Tema (outdoor games)..tp smua tiket ni sah utk 1 ari ja la..



aku igt nk p sna sorang2..t'detik kt ati aku nk ajak sepupu aku yg dh lma kami x kuar skali..aku pn call r dia nk ajak p sna..dia pn stuju nk ikut aku & kwn dia sorang pn nk ikut gak..aku x kisah..lg rmai lg bgus..aku pn b'tolak ke sna naik bas dr Butterworth ke KL..pstu amik pakej utk ke Genting Highland..




ni la first time aku p Genting Highland..smpai kt sna aku rsa mcm duk dlm aircond..sjuk gak la..tp cuaca still cerah mcm biasa..aku pn msuk dlm Taman Tema utk main games yg ada kt sna..mmg byk giler..smuanya best2..msa aku tgh main game, tiba2 cuaca jd smakin sjuk..aku rsa cm nk beku ja..kabus pn agak tebal la..bl b'ckp pn asap kuar dr mulut sma cm crita mat saleh kt dlm tv tu..



mmg enjoy giler main game kt dlm tu..smpai la ptg tu aku trus amik tiket blk ke rumah..klu d'ikutkn bdn mmg r letih..tp bg aku mmg b'baloi aku p sna..at least aku smpai gak drpd duk dgr org crita jer..pengalaman tu pnting bg aku..hrp slps ni destinasi pelancongan yg aku nk terjah lbh enjoy..!!!



Read More …

Coretanku Yang Hangat :-