Just Carry On

Hari ini aku dapat outing dari pukul 10.30 pagi sampai pukul 6.30 petang. Aku diberi tugas untuk mencari beberapa katering untuk Majlis Hari Raya yang kami akan buat di kolej selepas raya nanti. Tapi temujanji aku dengan Pak Ngah (katering) pada pukul 3.00 petang. Aku tidak ada tujuan untuk mengisi masa lapang sebelum itu.


Sebelum ini aku asyik naik teksi saja untuk keluar ke bandar. Tapi hari ini aku terdetik nak naik bas untuk ke bandar. Aku pun berjalan kaki hampir 1 kilometer untuk ke perhentian bas. Lama juga la aku tunggu di situ sementara bas nak datang. Tapi akhirnya dapat juga aku naik bas.

Semasa aku naik bas, teringat balik waktu dulu semasa family aku tidak ada kereta. Bas lah yang jadi pengangkutan utama aku dengan mak aku keluar ke Pekan Sungai Petani. Aku selalu naik awal untuk booking tempat paling hadapan kerana aku akan muntah kalau duduk di belakang. Masa itu aku kebudak-budakan lagi. Tapi aku happy sangat walaupun serba kekurangan.

Tapi sekarang semuanya berubah. Mak ayah tak perlu susah-susah lagi kerana semua kemudahan dah ada. Kereta motor semuanya ada. Bila-bila masa saja mak dan ayah boleh guna. Mungkin sebab berkat susah payah mak dan ayah masa dulu membuahkan hasil seperti yang ada sekarang ini. TERIMA KASIH MAK DAN AYAH!!!

Masa aku berjalan-jalan di City Plaza aku ternampak ramai student yang pakai purdah. Sejuk sangat hati aku bila tengok perempuan muda yang hampir sebaya dengan aku pakai begitu. Kalau betul-betul dia ikhlas pakai begitu, memang dialah wanita yang terbaik dalam kalangan terbaik. Aku teringin juga nak hampiri mereka, tapi tidak layak untuk aku bagi mereka. Aku jauh sekali berbeza dari mereka baik dari segi cara hidup mahupun amal ibadah.

Tapi kalau aku dapat teman seumpama itu, alangkah bersyukurnya aku. Sedikit sebanyak aku boleh belajar agama dari mereka. Pada pandangan aku, mesti mereka ini tinggi ilmu agamanya. Kalau mereka tiada ilmu agama, mengapa mereka sangat menjaga maruah dan aurat mereka? Kecualilah mereka hipokrit, pakai sekadar mengikut peraturan kolej.

Walau apapun aku sangat kagum pada perempuan seperti itu. Harap-harap ramai lagilah yang akan jadi begitu dengan hati yang ikhlas. Amin...

Categories:

Leave a Reply

Coretanku Yang Hangat :-