Just Carry On

Jauh perjalanan, luas pemandangan dan banyak pengalaman. Memang betul pun. Masa aku sekolah asrama dulu, kejadian ragging ni takkan boleh elak. Memang tu la cara senior-senior untuk mengajar junior-junior yang baru masuk. Bukan tak ada kebaikan langsung, ada juga. Tapi ragging secara melampaui batas tu la yang menyebabkan berlakunya kes-kes yang tidak diingini.


Selalunya mereka yang tidak kena ragging teruk macam orang lain akan bertindak lebih kejam dari orang lain kerana mereka tidak tahu had atau batasan kemampuan seseorang. Mereka buat apa yang difikirkan mereka betul saja. Tak semua orang mempunyai kekuatan yang sama.


Tak semua sernior di sekolah asrama yang kejam. Ada juga yang 'alim. Mereka akan selalu berdamping dengan junior-junior untuk memberi kata-kata semangat supaya junior-junior tidak patah semangat. Ini la cara mereka berdakwah. Kadang-kadang ada dalam kalangan mereka yang mengaitkan dengan agama. Menyedarkan kembali junior-junior tentang agama.


Masa hidup di luar, tak ada sesiapa yang mengganggu. Hidup senang lenang sampai kadang-kala Tuhan pun tak ingat. Tapi bila dah hidup susah, baru nak ingat Tuhan. Baru nak mintak tolong kat Tuhan. Selalunya ni la yang terjadi pada manusia zaman sekarang ni.


Senior aku pernah berkata, "kenapa Tuhan tak bagi kita berjaya dalam sesuatu kebaikan ni dengan mudah dan senang??" Mesti dalam kepala otak kita fikir sebab syaitan yang jadi musuh kita. Sebab tu la kita susah nak berjaya dalam sesuatu kebaikan. Betul tak?


Tapi senior aku cakap lagi, "cuba tengok jalan raya tu," sambil dia tunjuk jalan yang berliku dan berbukit. Sambung dia lagi, "katakan la kita nak pergi ke sesuatu tempat di sana, kita boleh ikut jalan raya, tapi jauh la. Kalau kita nak ikut short cut pun boleh, tapi tengok la tu, macam-macam halangan kamu akan jumpa nanti." Aku masih tak faham apa yang senior aku cuba maksudkan.


Kalau nak ikut jalan raya memang jauh. Tapi kalau nak ikut jalan lurus(short cut), tengok la berapa banyak halangan yang ada???


Senior aku pun menerangkan bahawa kalau kita nak berjaya dalam sesuatu kebaikan, ada dua jalan. Satu jauh dan satu lagi dekat. Kalau memilih jalan jauh, memang halangan dan cabarannya sikit. Tapi makan masa yang lama. Kalau kita pilih jalan dekat, halangan dan cabaran memang banyak dan itu akan buat kita lebih tabah untuk hadapi masa kita bekerja nanti.


Di sini la aku mula kutip pengalaman hidup berdikari...


Memang aku tak pernah fikir pasal tu. Sekarang ni kalau aku kena apa-apa yang susah, aku selalu fikir benda yang positif jer. Nak jaga mental supaya semangat aku tak patah. Kalau aku fikir benda tu susah, mesti aku tak semangat nak buat. Jadi, pemikiran juga main peranan penting untuk aku buat sesuatu. Tapi bila aku dah buat sesuatu, jangan harap aku akan patah balik. Sebab tu la aku pilih JUST CARRY ON jadi motor hidup aku.


Benda paling aku tak suka adalah menyesal. Kalau menyesal dengan Tuhan lain cerita la. Tapi perkara sesama manusia. Sebab kalau kita fikir dulu sebelum buat, kita takkan menyesal kemudian hari. Jenis orang yang tak fikir la yang buat sesuatu perkara dan menyesal nanti. Lepas tu baru terhegeh-hegeh datang balik minta maaf. Itu la benda paling aku pantang.


Aku memang nampak lembut hati. Tapi sebenarnya hati aku pun keras juga. Kalau aku kata itu, maka itu la yang aku nak. Takkan ada sesiapa yang dapat ubah aku kecuali parents aku dan sudah semestinya Tuhan. Kalau bukan mereka, jangan harap dapat pengaruhi aku. Aku takkan kacau orang kalau orang tak kacau hidup aku. Aku lebih suka ingat kebaikan seseorang daripada tengok keburukan seseorang.


Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah!!!
Semua ni aku dapat hasil daripada motivasi yang senior aku bagi masa aku kat asrama dulu. Walau apa pun yang terjadi, jadi la seperti diri kita yang sebenarnya ikut kehendak Tuhan. Jangan ikut orang lain!!!

Categories:

Leave a Reply

Coretanku Yang Hangat :-