Just Carry On

Filem Melayu mengenai isteri kepada seorang suami adalah seorang gangster bukanlah satu khayalan atau dongeng. Aplikasi cerita itu bukan asing lagi bagi kita di Malaysia kerana ada segelintir pasangan yang ingin mendirikan 'masjid' atas nama cinta bertukar menjadi hempedu setelah berkahwin. Mungkin ada masalah dalaman yang masing-masing sembunyikan semasa bercinta atau tidak berterus terang ketika bertemu dahulu. Pada pandangan mereka dengan menyembunyikan hal yang sebenar akan menjernihkan keadaan tetapi ternyata ia tidak semudah itu. Seharusnya kena lebih berhati-hati dalam memilih pasangan kerana dari pandangan luaran tidak cukup untuk mencerminkan sifat dalaman seseorang itu. Kebanyakan saat manis dirasa semasa bercinta dan tidak akan kekal lama setelah pasangan itu berkahwin. Kalau terasa manis pun tidaklah seperti bercinta dahulu. Bagi lelaki, mereka mestilah menjalankan tanggungjawab mereka kepada keluarga setelah berkahwin seperti menjadi ketua rumah, beri pelajaran kepada anak-anak, menjaga maruah isteri, anak-anak dan keluarga serta memastikan keluarga itu hidup dalam keadaan bahagia. Tidak semestinya keluarga yang kaya raya itu bahagia dan tidak bermakna duit tidak penting dalam mencipta kebahagiaan. Rezeki perlu dicari untuk memberi makan minum kepada diri sendiri dan keluarga serta beli keperluan harian keluarga. "Bersungguh kita dalam bekerja seperti untuk hidup selamanya...beramal soleh sebaiknya seolah esok sudah tiada." Tetapi ada segelintir keluarga yang dikawal oleh isteri. Segala-galanya isteri yang uruskan. Suami hanya menjadi 'pak turut' dalam keluarga tersebut. Hal yang demikian tidak seharusnya terjadi. Meskipun isteri lebih berjaya dari suami, tidak semestinya isteri berkuasa untuk memerintah keluarga. Isteri mesti patuh kepada suaminya selagi tidak bertentengan dengan syarak. Paling penting adalah kesefahaman dan sikap mengalah dalam perbincangan. Setiap masalah harus dibincang antara suami dan isteri dan ini boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Setiap manusia mempunyai caranya yang tersendiri untuk membahagiakan rumah tangganya dan janganlah jadi seperti keluarga ini --> klik!!!

Categories:

Leave a Reply

Coretanku Yang Hangat :-