Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu.
Selain itu, aktiviti memasak seperti BBQ,daging bakar dan ayam golek juga boleh dijalankan di tapak perkhemahan. Hasil laut yang ditangkap juga boleh dibakar dan sudah tentu kita dapat rasa makanan yang segar dari laut hasil daripada titik peluh kita sendiri.
Di pantai ini juga pelancong boleh melihat sendiri keindahan ciptaan Tuhan dengan melihat terbitnya matahari.Suasana yang aman dapat dirasai pada pagi itu kerana udaranya yang cukup segar tanpa sebarang pencemaran. Pelancong juga dapat melihat para nelayan mula menjalani aktiviti harian mereka sejak sebuh lagi. Secara tidak langsung kita dapat melihat cara kehidupan para nelayan ataupun orang laut. Bagi mereka yang sukakan keamanan, pantai ini mungkin menjadi salah satu destinasi bagi anda untuk meluangkan masa.
Categories:
Pengalaman