Sembang punya sembang, janji punya janji, habuk pun tak dapat. Tu la kelemahan manusia. Sabar je la. Selepas weekend tak dapat, semuanya BENGONG tak tau arah tuju. Masing-masing dah mental down. Tapi selamat la ada kawan-kawan yang menjadi penyelamat. Kali ni dapat outing bukan lagi pergi tempat biasa lagi. Tapi destinasi yang dirancang BAIK PUNYA. Tempatnya ialah BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT. Memang mustahil outing boleh lepas sampai sana. Tapi itulah rancangannya. Cakap banyak tak guna, jom gerak ke sana..!!
Yeah, dah sampai pun. Seramai 13 orang yang menyertai PENJELAJAHAN ni. Kami just sewa van je sebab masing-masing bujang lagi. Nak beli kereta sendiri tunggu dah kahwin nanti la. Apa tunggu lagi, jom jalan masuk..!!
Di pintu gerbang masuk ke Taman Tema Air Bukit Merah.
Walaupun hati belum ceria lagi, tapi kami tetap 'happy' bila sampai di sana. Masing-masing air muka sudah mula jernih kembali kerana tak sabar-sabar untuk MANDI. Sebelum ni ada yang sudah mandi kat hostel. Tapi tak semua la. Huhuhu.
Masing-masing sibuk membeli tiket masuk.
Masa beli tiket ni nasib baik orang tak ramai, boleh la kami beli cepat sikit. Kalau nak beratur tunggu giliran, memang dah terbakar kaunter ni. Biasa la, mood baik tak sempurna lagi.
Cenderahati (jika perlu).
Jalan jauh sampai tercabut selipar. Tu yang terpaksa beli baru tu. Selamat la murah dan cantik-cantik, kalau tak berkaki ayam la jawabnya.
Tengok tu, bukan nak tunjuk sangat barang-barang tu. Tapi nak beritahu yang nama kat atas tu sama dengan nama salah sorang ahli kami, STAR.
Inilah pintu masuk utama ke Taman Tema Air Bukit Merah. Cantik kan??
Tiket dah beli, masa untuk scan diri sebelum masuk. Macam kena jual pula. Huhuhu.
Selamat akak yang jaga kat tempat scan tu leh "tahan" rupa dia. Hilang sikit rasa marah.
Ini pula tempat persalinan sebelum mandi. Kat sini kena pakai pakaian yang sesuai. Kalau tak ada permainan air yang tak boleh kita main. So, ikut je la.
Bagi mereka yang takutkan air, tak perlu takut lagi kerana di sini ada perkhidmatan sewa pelampung juga. Pelampung ini besar dan boleh memuatkan 2 orang yang berbadan besar. Hikhikhik.
Permainan gelongsor ini memerlukan pelampung yang disewa tadi. Kalau tak ada pelampung, tak boleh main. Tapi best kalau main, sebab rasa seperti kita sedang menuruni jeram yang berliku. Fuh...!!
Di sini pula tempat yang paling romantik. Seperti air terjun la.
Permainan gelongsor ni memang seronok. Siap boleh bertarung lagi. Tahap kelajuan boleh mencecah 30km/h bergantung pada berat badan. Hehehe.
Permainan ni hanya untuk mereka yang berhati kering. Memang kecut la masa mula-mula turun tu. Rasa macam luruh jantung je. Tapi sekali main mesti nak cuba lagi.
Dah penat kena la bersantai pula. Macam omputih. Hehehe..
Seterusnya, permainan mendaki bola besar. Maaf, tak ada dalam list permainan. Huhuhu..
Tadi mandi di kolam. Sekarang kita mandi di laut pula. Bukan laut betul pun, laut buatan. Tapi asalkan ada ombak cukup. Kalau takut dilambung ombak, jangan naik pelampung di sini..!!
Aahhh, tolong...!!! Ikan dugong naik minyak..
Kalau kat luar muka semua hensem-hensem. Tapi bila di dalam air, terserlah muka sebenar masing-masing. Hahaha.
Ini je yang style. Kat luar air dengan dalam air muka still cool. Sebagai penulis, gaya mesti kena lebih. Bukan setakat penulis, tapi sebagai photographer dalam air. Kat luar air serah kat orang lain la.
Gaya ni memang best kalau pandai buat. Tapi kalau tak pandai, maknanya telan air la jawabnya. Kalau nak try, silakan..
Ni la akibatnya kalau JIWA SUDAH KACAU. Kapal yang tak bergerak pun nak tahan. Nampak sangat kan -------..
Gaya ni paling susah nak tiru. Hanya PASUKAN KHAS DUGONG saja yang mampu buat.
Setelah letih berenang anda boleh berehat di dalam air seperti dalam gambar ni.
Anak-anak dugong terlepas dalam kolam ketika gambar di ambil.
Wah, dalam air pun nak senyum lagi. Siap boleh buat peace lagi tu. Memang hebat la. Padahal sebelum ni takut giler kat air.
Taman ni direka khas untuk kanak-kanak. Jadi kalau sedar diri dah dewasa, tak perlu la nak berebut dengan kanak-kanak nak bermain kat kawasan ni.
Best kalau dapat tengok budak-budak main air. Rasa tenang je. Teringat zaman kanak-kanak dulu. Dengan air kita happy dan dengan air juga mengukir kenangan pahit.
Pintu gerbang keluar pun ada. Memang terbaik la.
Inilah ahli-ahli yang sememangnya sporting habis. Dari kiri Khuzairey, Nadhir, Syahir, Shahril, Haiqal, Jamaludin, Rashdi, Safwan, Sazmil, Senin, Firdaus dan yang duduk kat tengah tu Ariff.
Tiket pada tangan boleh ditanggal, tapi kenangan yang terukir dihati akan melekat selamanya.
Walaupun masa yang diluangkan tak lama, tapi ia amat berharga. Masa tu la terasa pentingnya kawan kerana kawan yang baik mampu untuk menggembirakan kita. Kita juga perlu jadi kawan yang baik. Tanpa kawan hidup sunyi sepi. RASULULLAH S.A.W pun berjuang bersama-sama dengan para sahabat malahan kita yang serba kekurangan ni. Jangan la kita sombong untuk berkawan tak kira la miskin atau kaya. Yang membezakan kita hanya la IMAN. Kita tak tahu, tapi hanya ALLAH S.W.T saja yang tau dan berhak membezakan kita. Amin...
Penulis; Jurugambar Darat dan Dalam Air.
Jurugambar Darat.
Categories:
Pengalaman