Just Carry On

Pertandingan glider memang best. Macam-macam bentuk glider kita dapat tengok. Ada bentuk jet pejuang, kayu hoki, alien dan macam-macam lagi. Tapi yang paling gempak sekali bentuk itik la. Apa-apa pun tengok dulu baru boleh menilai..


Persiapan kumpulan paling GEMPAK sebelum acara dimulakan.


Pakar-pakar designer tengah berbincang untuk memastikan aircraft ITIK berfungsi secara maksimum.


Kumpulan ini telah ditaja oleh CELCOM dan penerbit filem ALIEN VS PREDATOR.


Sebelum memulakan acara, setiap kumpulan akan dipanggil untuk mendengar taklimat daripada BOS BESOR. Pada masa ini jugalah segala soalan-soalan yang tak dijangka akan ditanya. Peserta dikehendaki jawab dan sudah tentu inilah masanya untuk tunjukkan kehebatan kami memutarbelitkan kepala otak orang. Macam-macam jawapan akan keluar. Perkara yang tak diajar pun akan keluar sampai pening kepala bos. Tapi selamat la bos cool..


Ahli-ahli kumplan ITIK sememangnya terbaik!! Jurukamera juga yang disisihkan. Huhu..


Begini la ahli kumpulan CELCOM VS ALIEN ditanya oleh bos besor.


Macam ini la soalan-solan pelik akan ditanya dan jawapan pelik pun akan muncul. Dah memang adat..


Kumpulan ini menghasilkan glider paling besar menyerupai jet pejuang dan terbang pun macam jet pejuang. Crash  pun macam jet pejuang juga la. Hehe..


Ini pula kumpulan glider kayu hoki. Mungkin mereka dapat ilham daripada kayu hoki. Tapi walaupun kayu hoki, ia tetap boleh terbang. Don't play-play..


Kumpulan ini paling HOT iaitu kumpulan SAYUR DE GLIDER.

Hanya star-star saja terdapat dalam kumpulan ni. Ketuanya pun STAR!!

Ini perkara sulit. Hanya mereka yang lain dari lain boleh faham mengenai ahli kumpulan ini. Setiap ahli kumpulan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ops..!!



Jet ini paling diminati oleh juri dan mendapat undian sms paling tinggi. Sponser dari MONSTER!!

Glider ITIK memang paling mantap dan mendapat tempahan ramai kerana sifat ELASTIKnya yang mengagumkan. Kekenyalan glider ini ada di semua bahagian bermula dari kepala hingga ke ekor. DAHSYAT!!
Walaupun letih tapi tetap happy kerana dapat menerbangkan glider yang serba CANGGIH. Hahaha..
Jurukamera.

Categories:

One Response so far.

  1. Tanpa Nama says:

    awesome..!!!

Leave a Reply

Coretanku Yang Hangat :-