Just Carry On


Pengalaman aku sebelum ini hanyalah sekitar dalam Malaysia. Aku tak mampu hendak ke luar negara untuk berjalan-jalan melihat tempat orang. Aircraft pertama aku pernah naik adalah AIR ASIA. Itupun hanya sekali saja aku pernah naik. Tapi aku sangat bernasib baik kerana diberi peluang untuk menjelajah tempat orang di luar negara. Kali ini aku akan ke luar dari Malaysia.

Perjalanan mengambil masa yang agak lama. Sebelum ini aku naik aircraft AIR ASIA hanya selama 45 minit. Memang seronok kalau kita lihat pemandangan darat dari atas. Memang cantik!!! Setelah sampai ke destinasi aku pun menggunakan peluang sebaik-baiknya menikmati suasana berada di tempat orang. Lain tempat lain caranya. Itulah yang boleh aku cakap bila berada di tempat asing.



Tapi yang aku paling respect ialah tahap sporting orang di sana. Walaupun diorang tak fasih cakap english, tapi diorang cuba sedaya upaya untuk terang supaya kita faham. Aku pun bukannya pandai sangat speaking, tapi boleh la untuk hidup. Banyak pengalaman yang aku dapat dari pengambaraan ini. Aku tak tahu nak cerita sebab pengalaman ini kena rasa sendiri, baru kita tahu.

Lepas ini aku harap aku dapat peluang lagi untuk ke tempat lain untuk mencari pengalaman. Peluang bukan datang selalu, kita kena rebut baru dapat. Insyaallah...

Categories:

Leave a Reply

Coretanku Yang Hangat :-