Adakah aku cukup matang untuk mengurus hidup aku sendiri?
Dari penilaian diri aku sendiri, aku tidak cukup matang untuk mengatur semua jalan hidup aku dgn tangan aku sendiri. Sebab itu aku perlu menuntut ilmu dari ramai guru supaya aku tahu bagaimana untuk menyusun kehidupan yang akan membawa aku ke alam kebahagiaan.
Tidak cukup aku tinggal di asrama semasa aku sekolah menengah, sekarang aku masih lagi tinggal di asrama. Bukan di sekolah, tapi di kolej pula. Kadang-kadang aku rasa hidup aku lebih terjamin di sini. Kalau aku balik kampung bercuti panjang, hidup aku mula tidak terurus. Masa berjaga akan tukar dari siang ke malam. Aku jarang duduk rumah sebaliknya aku lebih suka berada di luar rumah bersama-sama dengan kawan-kawan.
Sesetengah orang tidak faham mengapa kita perlu ikut peraturan semasa tinggal di asrama. Bagi pandangan aku, peraturan di asrama sangat berguna kalau dipraktikkan dalam kehidupan harian di rumah atau kampung halaman. Tanpa peraturan mungkin aku sudah terjebak dengan bermacam-macam jenis gejala sosial di luar sana yang semakin maju dan moden. Kata orang, "bila susah baru kita ingat Tuhan, bila senang kita lalai daripada mengingatiNya."
Semasa di asrama juga aku belajar macam-macam perkara seperti basuh baju, gosok baju, kemas bilik dan macam-macam yang sebelum ini semuanya mak aku yang akan buat untuk aku masa aku tinggal di rumah dulu. Sekarang mak dengan ayahpun boleh senang hati bila tengok semua anaknya boleh buat kerja sendiri. Makanpun dah tak perlu masak, semua anak-anak yang sediakan. Tapi kena beli la, kalau hendak masak memang tak pandai. Hehehe...
Masa aku kecil dulu, mak dengan ayah akan tunaikan apa yang aku minta. Baju baru, kasut baru, makan itu makan ini dan macam-macam. Sekarang ini giliran mereka pula aku tunaikan permintaan. Apa yang mereka mahu, semua aku beri. Aku mahu yang terbaik untuk mereka. Tak kisah la kalau benda itu mahal atau susah untuk dapat, aku akan cuba untuk dapatkan juga. Kalau aku tanya mak dengan ayah mesti mereka cakap tak mahu. Lebih baik jangan tanya. Terus beli saja.
Kata-kata terakhir dariku, "I love my mom and dad!"
Categories:
Pengalaman