Hari demi hari, umur semakin meningkat. Pengajian diploma aku dalam bidang Mekanikal Aeronautik pun sudah hampir ke penghujung. Tinggal saki baki untuk habiskan military training saja lagi. Kata orang, kita kena berfikir untuk jangka masa yang panjang.
Disebabkan terlalu fikir untuk jangka masa yang panjang, ramai kawan-kawan aku telah merancang untuk beli kereta dan kahwin. Biasa la, lepas ni kemungkinan besar kami akan masuk ke alam pekerjaan. Kena la berdikari sendiri. Nak bergerak ke sana sini kena la naik kenderaan sendiri. Tapi masalahnya, mampukah aku nak tanggung hutang beli kereta tu?

Tiap-tiap bulan aku kena bayar hutang kereta, duit minyak kereta, maintanence kereta dan simpanan untuk bayar roadtax kereta. Kalau ada rezeki, tak lama lepas tu aku kena masuk pusat latihan lagi selama 3 tahun. Masa di pusat latihan nanti aku tak boleh pakai kereta. Rugi la kalau aku biarkan kereta aku macam tu saja. Lebih baik aku bagi parents aku yang guna. Tak pun lepas selesai latihan baru aku beli kereta. Mungkin ada keluaran yang lebih canggih yang aku tertarik. Sampai sekarang aku masih lagi tertanya-tanya sama ada patutkah aku beli kereta lepas ni ataupun tak?
Satu lagi masalah aku adalah kahwin. Kawan-kawan aku kat luar sana ramai yang dah mendirikan rumah tangga padahal diorang bukan kaya pun. Masing-masing tak kerja, tapi boleh hidup.

Kawan-kawan aku kat sini pula, yang sudah bergaji tetap, dah ada rancangan tersendiri untuk kahwin muda.Pertamanya, untuk elak maksiat. Kedua, bila kahwin awal nanti bila kita dah berumur 50-an, anak-anak dah besar dan masing-masing dah habis belajar. Takkan la nak kahwin lambat sampai umur dah cecah 50-an, anak-anak masih sekolah lagi. Masa tu kita pun dah tak larat nak buat kerja. Macam mana nak tanggung anak-anak? Itulah dipanggil perancangan keluarga. Semua ni kerana memikirkan untuk jangka masa yang panjang. Tapi, nanti masa masuk pusat latihan, aku tak boleh kahwin atau buat sesuatu yang boleh mengganggu konsentrasi aku untuk training. Cabaran paling besar adalah isteri kalau aku kahwin muda. Mungkin isteri buat hal ataupun isteri mengandung. Masa aku di pusat latihan, aku tak boleh minta cuti untuk perkara-perkara macam tu kecuali parents, abang, kakak dan adik. Bolehkah hubungan suami isteri akan kekal manis tanpa goyah selama 3 tahun duduk berasingin dan jarang berjumpa? Aku rasa ramai yang tak sanggup.
Sekarang ni aku cuba tanya pendapat daripada orang yang lebih berpengalaman supaya aku tak salah amik tindakan. Tak salah kita bertanya. Untuk masa depan kita juga. Kalau soal jodoh, aku serah kepada parents aku. Aku bagi peluang untuk diorang menentukan aku punya jodoh. Pilihlah yang mana mereka berkenan. I LOVE U MOM AND DAD!!!
Categories:
Pengalaman