Pengalaman baru masuk ke alam universiti memang pahit. Aku tak sangka angan-angan aku seperti drama dalam TV rupa-rupanya jauh berbeza dengan yang aku alami sekarang. Hidup aku jauh sekali dengan "campus life" yang selama ini aku bayangkan ketika aku dapat tawaran sambung belajar. Tapi untuk mencari rezeki dan mengurangkan beban parents aku, dengan rela hatinya aku menjejakkan kaki.
Parents aku sekarang dah tak kerja macam dulu lagi. Mak kena duduk rumah jaga ayah yang tengah sakit. Ayah pula tak boleh dalam keadaan tertekan, nanti kena heart attack. Sebab itulah aku di sini. Sekurang-kurangnya aku boleh hulur sikit duit poket tiap-tiap bulan kat parents aku untuk buat belanja makan. Penat lelah aku di sini aku tak peduli lagi sebab yang penting aku nak dapatkan kerja supaya aku boleh jaga parents aku.
Pengajian Diploma Mekanikal Aeronautik aku pun hampir selesai. Latihan aku selama 3 tahun pun semakin hampir ke penghujung. Aku harap tiada masalah yang timbul untuk aku selesaikan semua ini dengan lancar. Target aku sekarang hanya nak dapatkan kerja dulu. Selepas dapat kerja baru nak letak target lain pula. Walaupun ramai kawan-kawan aku masing-masing bercadang nak kahwin awal, tapi aku rasa aku perlu beri peluang kepada parents aku untuk pilih siapa calonnya. Aku sekarang ini ikut saja semua kehendak parents aku sebab masa aku kecil dulu, parents aku selalu ikut cakap aku. Aku nak itu, diorang beli. Aku nak ini, diorang ikut. Sekarang ini tibalah masa aku nak balas balik jasa diorang. Memang aku tak mampu nak beli semuanya, tapi sekurang-kurangnya aku ikut setiap kata diorang.MAK, AYAH, TAK LAMA LAGI ADIK DAPAT KERJA. MAK DENGAN AYAH TUNGGU TAU. I love you so much mom and dad. You two are the greatest parents that I have in the world!!
Categories:
Pengalaman
